Dasar Privasi

English | Bahasa Malaysia

Dasar Privasi

Dasar Privasi, bersama-sama dengan terma penggunaan kami, membutirkan penggunaan dan penyimpanan apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, dan / atau yang kami kumpulkan daripada anda semasa anda melayari laman web ini, sebagai sebahagian daripada pematuhan dan komitmen ARMS Software International Sdn Bhd ke arah perlindungan maklumat peribadi pelanggan kami .

Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi kami dan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini.

Untuk kami mengemaskinikan Dasar ini dari semasa ke semasa, untuk mencerminkan perubahan semasa, sila kembali dan menyemak Dasar ini dari semasa ke semasa untuk makluman dan kesedaran anda sendiri.

 

Penyataan Privasi

Penyataan Privasi ini memperincikan kaedah yang digunakan oleh ARMS Software International Sdn Bhd dan peganganya, anak-anak syarikatnya dan yang berkaitan (Dirujuk secara kolektif sebagai "Kami""Kita”), mengenai jenis maklumat peribadi yang dikumpul semasa melayari laman web kami dan / atau semasa mendaftar sebagai ahli ARMS Store, dan cara maklumat peribadi tersebut (seperti yang ditakrifkan di bawah) dikumpul, diproses, disimpan, digunakan, diakses dan / atau dipindahkan dan hak anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Sila membaca Kenyataan Privasi ini untuk memahami bagaimana kita menggunakan maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda. Dengan menyerahkan maklumat peribadi anda kepada kami, anda bersetuju kepada Pernyataan Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini.

 

Maklumat / Data Peribadi

Maklumat / data peribadi boleh ditafsirkan sebagai apa-apa maklumat yang boleh membezakan, mengenal pasti atau menghubungi subjek individu secara langsung atau tidak langsung (Contohnya Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, Butiran Perhubungan dan / atau Alamat E-mel). Ia juga boleh merangkumi mana-mana maklumat yang boleh mengenal pasti maklumat / data peribadi lain yang anda mungkin mendedahkan kepada kita.

Untuk maksud Kenyataan Privasi ini, maklumat / data peribadi juga akan merangkumi maklumat peribadi yang sensitif yang berkaitan dengan kesihatan anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau mana-mana kepercayaan lain yang serupa. Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini hanya terpakai jika anda adalah orang yang sebenar / seseorang individu.

 

Maklumat / Data Peribadi Yang Dikumpul

Untuk kami menyalurkan anda dengan produk dan / atau perkhidmatan kami, dan beroperasi dengan cekap dan berkesan, kita perlu untuk mengumpul maklumat peribadi berikut daripada anda, termasuk, tetapi tidak terhad, kepada yang berikut:

Selain itu, kami juga mengumpul dan memproses butiran lawatan anda ke laman web kami dan sumber-sumber yang anda akses, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data trafik, data lokasi, log web dan data komunikasi yang lain, di mana berkenaan.Jika anda tidak bersetuju dengan memyerahkan maklumat peribadi anda kepada ARMS Store dan / atau tidak bersetuju dengan kami memproses maklumat peribadi anda, kami tidak akan dalam posisi untuk menyalurkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.

 

Sumber Maklumat / Data Peribadi

Semua maklumat peribadi yang dikumpul adalah diperolehi secara langsung daripada anda, yang secara sukarela telah diserahkan kepada kami. Ia juga boleh diperolehi secara sah daripada pihak ketiga atau pembekal perkhidmatan yang lain, yang, anda telah bersetuju dengan pendedahan data peribadi anda.

 

Kaedah Mengumpul Maklumat / Data Peribadi

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung apabila anda:

Selain daripada maklumat peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung seperti yang dinyatakan di atas, kami juga boleh mendapati maklumat peribadi anda daripada apa-apa sumber lain yang mana anda telah memberi persetujuan anda terhadap pendedahan maklumat yang berkaitan dengan anda, dan / atau dimana ia dibenarkan secara sah.

 

Penggunaan Maklumat / Data Peribadi

Apa-apa maklumat yang kami kumpulkan dan simpan, yang berkaitan kepadamu, digunakan terutamanya untuk membolehkan kami memyakurkan perkhidmatan kami kepada anda. Ini meliputi mana-mana maklumat yang diperolehi dari kategori pihak ketiga yang dikenal pasti dalam Kenyataan Privasi ini. Selain itu, kami mungkin menggunakan maklumat itu untuk tujuan yang berikut:

Jika anda adalah pelanggan yang sedia ada, kami mungkin menghubungi anda dengan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang sama dengan subjek sesuatu pembelian / penjualan terdahulu kepada anda.

Selain daripada itu, kami, atau pihak ketiga yang telah dibenarkan, mungkin juga menggunakan maklumat anda, untuk memaklumkan anda tentang barangan dan perkhidmatan yang tidak berkaitan, yang kami anggap mungkin menarik minat anda. Kami atau mereka boleh menghubungi anda mengenai barang-barang dan perkhidmatan tersebut mengunakan mana-mana kaedah yang anda telah bersetujui dengan pada masa maklumat anda dikumpulkan.

Jika anda adalah seorang pelanggan baru, kami hanya akan menghubungi anda, atau membenarkan pihak ketiga untuk berbuat demikian, apabila anda telah berikan kebenaran dan hanya melalui cara yang anda berikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Jika anda tidak mengingin kami atau mana-mana pihak ketiga yang lain untuk menggunakan maklumat anda untuk sebarang tujuan, anda mempunyai peluang untuk menolak / menarik persetujuan anda, apabila anda memyerahkan maklumat anda kepada kami melalui borang yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat anda.

Sila ambil perhatian bahawa kita tidak mendedahkan maklumat yang boleh mangenal pasti diri seseorang individu kepada pihak pengiklanan tetapi kami boleh, mengikut kesempatan, menyerahkan kepada mereka maklumat statistik mengenai pelawat kami.

 

Penyimpanan Maklumat / Data Peribadi

Maklumat yang telah diserahkan kepada kami disimpan dengan selamat dalam “Server” komputer kami. Butiran yang berkaitan dengan apa-apa transaksi yang dibuat di laman web kami juga akan disulitkan untuk memastikan keselamatannya.

Penghantaran data melalui internet bukan satu proses benar-benar selamat dan oleh kerana itu, kita tidak boleh menjamin keselamatan data yang dihantar kepada kami secara elektronik. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa penghantaran data itu adalah risiko anda sendiri. Sekiranya, di mana kita memberikan kepada kamu (atau di mana anda telah memilih) kata laluan supaya anda boleh mengakses bahagian-bahagian tertentu laman web kami, ia adalah bertanggungjawab anda untuk menyimpan kata laluan ini dan memastikan ia adalah sulit dan rahsia.

 

Pendedahan Maklumat / Data Peribadi

Di mana perlu, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana ahli kumpulan kami. Ini termasuk, jika berkenaan, anak syarikat kami, syarikat pegangan kami dan anak-anak syarikatnya yang lain (jika ada). Kami juga mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:

Kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga:

Sebaik sahaja anda telah memyerahkan maklumat peribadi anda, anda boleh menerima daripada kami, dari semasa ke semasa, e-mel dan mel langsung yang mengandungi bahan-bahan promosi. Jika anda tidak ingin menerima bahan-bahan tersebut, anda boleh menyatakan pilihan anda sebelum mendaftar untuk mana-mana perkhidmatan kami atau menjalankan urus niaga perniagaan.

 

Peruntukan Maklumat / Data Peribadi Yang Tidak Lengkap

Penyerahan data peribadi adalah wajib bagi membolehkan pemprosesan permohonan keahlian anda untuk megunakan Produk dan / atau Perkhidmatan kami. Kegagalan untuk memyerahkan maklumat wajib anda akan menyebabkan penolakan permohonan keahlian anda. Dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk menolak pendaftaran dan / atau permohonan anda tanpa memberikan apa-apa sebab jua.

 

Hak Untuk Akses & Membetulkan Maklumat / Data Peribadi

Tertakluk kepada terma dan syarat, akses akan diberikan kepada maklumat peribadi anda jika ia:

Anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui menghubungi kami atau melawat premis perniagaan kami. Usaha yang munasabah akan dibuat untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses dan / atau membuat apa-apa pembetulan yang sewajarnya bagi maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan itu.

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh menahan akses kepada maklumat peribadi anda, jikalau kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau mana maklumat yang diminta adalah yang bersifat komersial sulit atau sekiranya kami menerima permintaan untuk maklumat yang sama berulang-ulang.

 

Kewajipan & Tanggungjawab Peribadi 

Ia adalah tanggungjawab peribadi dan kewajipan anda untuk menyerahkan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap apabila diperlukan dan memberikan persetujuan atas penggunaannya. Tanggunjawab mengemaskini maklumat peribadi apabila ia didapati tidak tepat, usang atau tidak lengkap juga adalah milik pemilik maklumat tersebut. Permintaan untuk akses boleh dimohon melalui menghubungi kami atau melawat mana-mana premis perniagaan kami.

 

Penggunaan Fail “Cookies”

Kami dari semasa ke semasa boleh mengumpul maklumat mengenai komputer anda semasa anda melayari laman web kami. Ini membolehkan kami meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dan penghasilan laporan maklumat statistik mengenai penggunaan laman web kami untuk tujuan pengiklan di mana sesuai.

Maklumat tersebut tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi kerana ia merupakan data statistik pengunjung dan tingkah laku pelayaran mereka di laman web kami. Data statistik ini tidak mengenal pasti apa-apa maklumat peribadi sekalipun. Walau bagaimanapun, menolak pengunaan fail “Cookies” boleh menjejaskan penggunaan laman web kami kerana ia akan menhalang kami memperibadikan aspek penggunaan laman web kami.

Sama seperti di atas, kami mungkin mengumpul maklumat mengenai penggunaan internet am anda melalui penggunaan fail “Cookies”. Apabila digunakan, fail "Cookies" ini dimuat turun ke komputer anda secara automatik. Fail-fail “Cookies” disimpan dalam cakera keras komputer anda dan mengandungi maklumat yang akan dipindahkan ke “Server” laman web kami mengenai maklumat pengguna. Fail-fail ini membantu kami untuk meninkatkan kualiti pengalaman melayari laman web kami dan perkhidmatan yang kami menawarkan untuk anda.

Semua komputer mempunyai kemampuan untuk menolak penggunaan fail "Cookies". Ini boleh dilakukan dengan mengaktifkan pilihan tersebut dalam program pelayar internet anda. Bagaimanpun, sila ambil perhatian, bahawa jikalau anda memilih untuk menolak penggunaan fail “Cookies”, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian-bahagian tertentu laman web kami.

Pihak pengiklanan kami juga mungkin menggunakan fail “cookies”, di mana tingkahlakunya adalah di luar kawalan kami. Fail “Cookies” tersebut (jika digunakan) akan dimuat turun apabila anda menekan pada mana-mana iklan di laman web kami.

 

Pautan Parti Ketiga

Anda mungkin akan menjumpai pautan kepada laman web pihak ketiga di laman web kami. Laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi mereka sendiri, yang perlu anda periksa dengan teliti. Adalah dimaklumkan bahawa Kenyataan Privasi ini hanya dipakai semata-mata untuk laman web ARMS Store dan tidak dipakai pada mana-mana laman web pihak ketiga, yang anda boleh mengakses dari laman web kami. Kami tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab atau liabiliti ke atas dasar mereka jua kerana kami tidak mempunyai kawalan ke atas amalan mereka. Untuk menentukan kaedah mereka mengendalikan maklumat peribadi anda, sila pastikan anda membaca dasar privasi masing-masing.

 

Mengemaskini Dasar Privasi

Pihak pentadbiran kami berhak untuk meminda Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa, di mana versi yang dikemaskini hendaklah dipakai dan membatalkan apa-apa dan semua versi sebelumnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, risalah atau versi salinan keras.

Sila memeriksa laman web kami dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut mengenai dasar dan amalan kami yang paling terkini yang berkenaan dengan anda. Dengan penggunaan berterusan produk dan perkhidmatan kami selepas makluman pindaan dan / atau pengubahsuaian dasar dan amalan kami, anda menerima dan bersetuju untuk pindaan dan / atau pengubahsuaian tersebut.

Sekiranya anda tidak bersetuju untuk pindaan dan / atau pengubahsuaian tersebut dan bergantung kepada jenis pindaan dan / atau pengubahsuaian yang dilaksanakan, ia boleh mengesankan keupayaan ARMS Software International Sdn Bhd untuk meneruskan penyalurkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.

 

Menghubungi Kami

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan, komen atau permintaan yang anda mungkin mempunyai mengenai Dasar Privasi ini. Sila tidak teragak-agak untuk menghubungi kami di [email protected]